Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen

30 Jan 2023 • 4:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Guru dan murid basah lencun jatuh ke dalam sungai

Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen. Sejak pagi tadi, tular di media sosial beberapa rakaman menunjukkan jeti runtuh sehingga pelajar-pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian jatuh ke dalam air.

Merujuk kepada perkongsian dari beberapa individu di laman Twitter, kejadian tersebut berlaku di Sk Pababag Semporna ketika murid sekolah dan guru sedang bersiap sedia menuju ke sekolah.

image is not available
Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen. Kredit: Jonathan

Dianggarkan lebih 10 orang murid sekolah rendah diselamatkan guru selepas mereka terjatuh ke dalam laut disebabkan oleh jeti tiba-tiba runtuh.

Diselamatkan oleh orang awam

Orang sekitar termasuk guru-guru terpaksa terjun ke dalam air untuk menyelamatkan murid sekolah yang jatuh bersama beg serta barang-barang sekolah mereka.

image is not available

Beberapa pengendali bot yang berada di kawasan tersebut juga turut bertungkus lumus memberikan bantuan bagi menyelamatkan semua mangsa yang terlibat.

Sudah pun dimaklumkan ke KPM

Menerusi perkongsian dari My Semporna, setakat ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sudahpun dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku.

Menerusi posting yang dibuat salah seorang penjaga kepada murid yang terlibat, guru-guru dan pelajar yang tahu berenang telah membantu mangsa yang lain dan difahamkan semua dalam keadaan selamat.

image is not available

Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan lebih lanjut berhubung insiden tersebut dan diharapkan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya memuji guru-guru kerana bertindak pantas demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Baca lagi artikel terkini di sini: