[VIDEO] Seorang Pelajar Di Kota Kinabalu Dibelasah Ramai-Ramai, Netizen Gesa Tindakan Dibuat

18 Jan 2023 • 4:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebuah video menunjukkan seorang pelajar sekolah dibelasah ramai-ramai menjadi tular di media sosial

[VIDEO] Seorang Pelajar Di Kota Kinabalu Dibelasah Ramai-Ramai, Netizen Gesa Tindakan Dibuat. Sedih untuk diakui, amalan membuli masih berleluasa di sekolah walaupun inisiatif telah diwujudkan untuk membendung masalah ini.

Baru-baru ini, sebuah video menunjukkan seorang pelajar dibelasah oleh sekumpulan pelajar tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen, yang menggesa tindakan perlu diambil terhadap individu yang bertanggungjawab memukul pelajar terbabit.

image is not available
[VIDEO] Seorang Pelajar Di Kota Kinabalu Dibelasah Ramai-Ramai, Netizen Gesa Tindakan Dibuat

Pelajar terbabit merupakan seorang pelajar SM La Salle, Kota Kinabalu

Dalam video yang dikongsi di Twitter oleh @InspEdmundReid, sekumpulan pelajar dilihat memukul dan membelasah seorang pelajar keseorangan.

Dalam video berdurasi 23 saat itu, pelajar malang terbabit dilihat ditumbuk dan ditendang tanpa belas kasihan oleh pelajar lain meskipun berusaha untuk mempertahankan diri.

Menurut pengguna terbabit, kejadian berlaku di SM La Salle, sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Dipercayai para pembuli yang membelasah pelajar tersebut juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

Netizen menggesa tindakan dibuat

Rata-rata netizen bersimpati dengan mangsa buli itu dan meluahkan rasa marah mereka terhadap pembuli mangsa. Malah, ada juga yang bertanya di manakah guru atau guru disiplin untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap kumpulan pembuli terbabit.

Kebanyakan netizen menyuarakan bahawa tindakan perlu diambil terhadap kumpulan pembuli berkenaan dengan membuat laporan kepada pengetua sekolah untuk mengambil tindakan tegas, serta ibu bapa mangsa yang dibuli untuk membuat laporan polis.

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:

Semoga pihak yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap kumpulan buli ini dan perkara seperti ini tidak berulang lagi kerana ia boleh mengundang kecederaan serius. Seharusnya, kesedaran tentang amalan membuli ini harus dibuat agar para pelajar tahu akibat daripada tindakan mereka jika undang-undang terlibat.

Lagi di sini: