Jeti Mawilla 2 siap Disember

LocalPolitics
5 Aug 2025 • 2:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuhkan peranan dalam menyokong pertahanan negara, khususnya di wilayah timur Sabah, melalui Projek Pembinaan Jeti Mawilla 2 yang kini mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 80 peratus.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, melakukan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan pada Isnin bagi meninjau sendiri perkembangan pembinaan jeti berkenaan yang melibatkan kos keseluruhan RM122.99 juta.

Projek ini dilaksanakan menggunakan kaedah Reka dan Bina dan dijangka siap menjelang Disember tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Skop projek ini merangkumi pembinaan dua jeti konkrit masing-masing sepanjang 300 meter dan 75 meter, dua pontoon konkrit, rumah Bosun, bangunan Mekanikal dan Elektrikal (M&E), serta kemudahan asas seperti tandas dan tangki air mengikut piawaian semasa.

“Syarikat Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama, manakala pelaksanaan projek dikendalikan oleh Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sebagai agensi pemantau,” jelasnya ketika sidang media di sini.

Untuk rekod, Pangkalan TLDM di Sandakan yang mula beroperasi sejak 1994 kini dikenali sebagai Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2), yang menjadi pangkalan operasi kepada 964 pegawai dan anggota TLDM.

Ia turut menempatkan pelbagai jenis kapal operasi, termasuk kapal pertahanan.

Projek pembinaan jeti ini bertujuan menyediakan kemudahan tambatan kapal yang lengkap dengan bekalan kuasa, minyak, air bersih dan sistem telekomunikasi selain menjamin tahap keselamatan yang lebih tinggi untuk kapal-kapal TLDM dan kapal tentera asing yang berlabuh.

Selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani, KKR berharap kemudahan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga TLDM dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Ahmad turut menyeru agar pihak JKR dan kontraktor utama dapat terus bekerjasama secara erat dan memastikan projek disiapkan tepat pada masanya dengan mengekalkan kualiti dan kos seperti yang dirancang.