
KUALA LUMPUR, 18 September 2025 – Sempena sambutan Hari Malaysia dan semangat perpaduan rakyat, JETOUR Malaysia (JETOUR) melancarkan inisiatif khas menghargai pelanggan tempatan dengan ganjaran petrol berjumlah lebih RM1 juta sepanjang bulan September ini.
Sebagai tanda penghargaan, 916 pelanggan terawal yang membuat pembelian akan menerima kad petrol bernilai RM2,000 serta perlindungan insurans komprehensif percuma selama setahun. Lebih istimewa, JETOUR turut memperkenalkan Program Pride of the Nation khas buat penjawat awam dengan tawaran rebat tambahan sebanyak tiga peratus* selain promosi bulanan sedia ada.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen JETOUR untuk menawarkan manfaat praktikal yang benar-benar membantu kehidupan seharian keluarga Malaysia, sambil menghargai mereka yang berkhidmat untuk negara bersempena bulan yang penuh makna ini.
Program komuniti ini akan menjadi tumpuan hujung minggu ini di KLCC pada Sabtu, 20 September, apabila JETOUR tampil sebagai Penaja Utama dan Rakan Kereta Rasmi Malaysia Sarong Music Run 2025. Para peserta dan pengunjung acara berpeluang melihat pameran eksklusif JETOUR, berbincang bersama pakar produk mengenai ganjaran bulan September, selain mengatur sesi pandu uji dan bantuan penebusan.
“Kami amat berterima kasih atas sambutan luar biasa sejak mula menapak di Malaysia. Hasrat kami adalah untuk mengembalikan nilai yang benar-benar bermakna buat keluarga Malaysia – penjimatan tulen yang memberi impak besar dalam kehidupan harian, sambil menghargai komuniti yang menerima kami sejak awal,” kata Fu Yong, Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Malaysia.

Langkah ini juga menjadi penanda aras penting selepas kejayaan kemasukan JETOUR ke pasaran tempatan. Disokong pelanggan yang positif, JETOUR berjaya mengekalkan momentum dengan operasi pemasangan tempatan di Johor Bahru bersama rakan strategik B-Assembly, anak syarikat milik penuh Berjaya Assets Berhad, serta mencatat lebih 2,000 tempahan dan 1,000 penyerahan dalam tempoh hanya tiga bulan.
Bagi pelanggan yang tidak berkesempatan hadir ke acara utama, JETOUR terus aktif mendekati masyarakat di seluruh Lembah Klang, kawasan Utara dan Selatan sepanjang awal hingga pertengahan September. Rangkaian pengedar terpilih turut menawarkan pakej promosi eksklusif, sesi pandu uji, taklimat kenderaan serta bantuan tempahan terus di lokasi. Strategi ini dilaksanakan bagi memastikan akses mudah dan peluang maksimum kepada rakyat Malaysia untuk menikmati tawaran istimewa sepanjang bulan ini.
Setiap model JETOUR dibangunkan dengan falsafah mencipta pengalaman perjalanan yang autentik serta kenangan berharga. Dari ciri sambungan pintar untuk keluarga, hingga sistem keselamatan pintar yang meningkatkan keyakinan pemandu, teknologi JETOUR direka untuk menyokong kehidupan seharian. Dengan tawaran ganjaran bulan ini, perjalanan bersama JETOUR kini lebih mudah diakses.
“Setiap JETOUR lebih daripada sekadar kenderaan – ia adalah teman perjalanan untuk pengembaraan keluarga Malaysia. Sama ada percutian hujung minggu ke Cameron Highlands atau rutin harian menghantar anak ke sekolah, kami mahu setiap kilometer menjadi bukti nilai sebenar memilih JETOUR,” tambah Fu Yong.
Untuk maklumat lanjut mengenai JETOUR Malaysia, sila layari:
Website: https://jetour.com.my/
Facebook: Jetour Auto Malaysia
Instagram: Jetour Auto Malaysia
Terma & syarat terpakai. Selagi stok masih ada.
The post JETOUR Hargai Rakyat Malaysia Dengan Ganjaran Petrol RM1 Juta Serta Manfaat Eksklusif Sempena Bulan September appeared first on TW Media.





