Kos Penghantaran Membebankan, Rakyat Malaysia Mahu Penyelesaian Logistik Lebih Pantas & Pintar

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2025 • 3:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Membeli-belah dalam talian kini sudah jadi rutin untuk 86% rakyat Malaysia setiap bulan. Tapi, fokus mereka bukan lagi sekadar harga murah. Sebaliknya, pengguna semakin menuntut nilai lebih baik, perkhidmatan dipercayai dan inovasi praktikal yang memudahkan hidup.

Kajian “Beyond the Hype: Malaysians Want Speed and Smarter Shopping in 2025” oleh Milieu Insight ke atas 500 responden mendapati rakyat Malaysia mahu pengalaman beli-belah yang lebih lancar, pantas dan selamat.

“Rakyat Malaysia jelas mahukan kemampuan dan kebolehpercayaan berjalan seiring. Mereka tak hanya kejar harga paling murah, tetapi juga pengalaman yang lebih terjamin,” kata Juda Kanaprach, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Komersial Milieu Insight.

Kualiti Perkhidmatan Lebih Penting Dari Harga

Lebih separuh pembeli (53%) sanggup membeli lebih banyak jika penjual beri kemas kini segera dan perkhidmatan responsif. Hampir separuh (47%) pula sangat hargai penghantaran pantas dan konsisten.

Sebaliknya, pengalaman logistik lemah terus beri kesan buruk:

  • 31% tinggalkan troli jika penjual lambat respon.
  • 38% berhenti membeli jika tiada pilihan pemulangan atau bayaran balik.
  • 49% tak beli lagi daripada penjual sama selepas isu penghantaran.

Kos Penghantaran Jadi Isu Besar

Walaupun servis bagus penting, kos penghantaran tetap jadi hal utama.

  • 70% masih tertarik dengan diskaun produk.
  • 66% utamakan penghantaran percuma atau murah.
  • 67% minta platform kurangkan caj penghantaran.
  • 51% akui mereka kurangkan shopping online sebab caj makin mahal.

Bagi pengguna, jenama kurier tidak begitu penting. 59% hanya kisah barang sampai tepat masa dan dalam keadaan baik.

Inovasi Praktikal, Bukan Gimik

Rakyat Malaysia suka inovasi yang memudahkan, bukan sekadar hiasan. Antara yang popular:

  • Bayaran fleksibel (BNPL, COD) dan sekali klik.
  • Alat pemulangan layan diri.
  • Polisi perlindungan pembeli yang jelas dan adil.
  • Sesi siaran langsung serta ciri AI/personalisation.

Lebih separuh juga mahukan pemulangan lebih mudah dan khidmat pelanggan masa nyata.

Sanggup Bayar Lebih, Tapi Dengan Had

Kajian mendapati 65% pembeli sanggup bayar lebih jika servis unggul, dan 82% sanggup bayar lebih untuk penghantaran lebih konsisten. Namun, 35% tetap tak akan kompromi dengan perkhidmatan buruk walau harga murah sekalipun.

Kesimpulannya, pengguna Malaysia mahu logistik yang lebih pintar, pantas dan mesra pembeli. Jika platform berjaya penuhi jangkaan ini, mereka bukan sahaja kekalkan kesetiaan pelanggan, malah dapat tingkatkan pertumbuhan jangka panjang.