Jetour Lebarkan Sayap Rangkaian Jualan, Tambah Lagi Pusat Servis

LocalCars
10 Apr 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jetour Malaysia mengesahkan bahawa mereka berhasrat untuk mengembangkan rangkaian jualan dan servis mereka di Malaysia, pada tahun ini.

Buat permulaan, Jetour Malaysia akan menubuhkan 10 pusat 3S dan 4S di negara pada suku pertama tahun ini.

Difahamkan, dalam tahun ini, 30 lagi pusat 3S dan 4S akan ditambah kepada 30 pusat jualan dan servis yang ada sekarang.

Pusat 3S dan 4S Jetour akan dibuka di Selangor, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

image is not availableimage is not available

Jetour sudah memperoleh inventori lengkap alat ganti bagi memastikan sokongan selepas jualan .

Mengenai rancangan CKD, Jetour Malaysia turut mengesahkan bahawa pihak telah melantik Berjaya Assembly Sdn Bhd sebagai rakan kongsi CKD.

image is not available

Menurut Jetour Malaysia, kerjasama itu merangkumi prinsip pembuatan pintar yang sejajar dengan Industri 4.0.

“Ia menyepadukan teknologi digital termaju seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Perkara dan robotik ke dalam proses pembuatan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan fleksibiliti,” katanya.

Selain memenuhi keperluan pasaran tempatan, Jetour Malaysia turut merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan eksport ke negara-negara ASEAN, Oceania dan Timur Tengah.

image is not available

Usaha itu juga akan menyaksikan pembuat kereta itu menjadikan Malaysia sebagai hab R&D Asia Pasifik, dimana Jetour di Indonesia, Thailand dan Australia akan menyumbang input pasaran serta maklum balas teknikal bagi memastikan pembangunan produk yang lebih relevan, cekap dan kompetitif.

Sehubungan itu, Jetour Malaysia menyatakan bahawa mereka akan melabur sebanyak RM560 juta untuk pembuatan, RM216 juta untuk R&D, dan RM65 juta lagi untuk pengembangan dan pembangunan rangkaian tempatannya.

Pelaburan itu bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekosistem automotif serantau, malah membuka lebih 3,200 peluang pekerjaan.