Jheains diarah sediakan garis panduan lawatan pelancong di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

LocalPolitics
2 Feb 2025 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) diarahkan membuat satu garis panduan berkaitan pengurusan lawatan pelancongan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBKK).

Exco Hal Ehwal Islam Sabah, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, garis panduan itu bukan saja merangkumi jawatankuasa (AJK) MBKK yang menyelaras tetapi juga pelancong luar yang datang ke masjid itu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Intinya ialah siapa saja yang datang, kita sambut dengan baik, sama ada kita di luar mahu pun di dalam masjid dan lebih utama untuk kita patuhi adalah memelihara adab serta sopan santun.

“Kedua-duanya (AJK masjid dan pelancong) perlu ada etika, ada adab dan kedua-duanya juga perlu mematuhi garis panduan ini dan insya Allah kita akan tambah baik mana yang perlu,” katanya pada Majlis Penyerahan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau mengulas insiden sekumpulan pelancong China dihalang mengambil gambar masjid sebelum membuat bayaran oleh seorang lelaki didakwa petugas MBKK, baru-baru ini.

Video tular terbabit dimuat naik dalam aplikasi media sosial Xiaohongshu (Red Note) yang digunakan di negara China dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi tersebut.