Jho Low Didakwa Kini Duduk Di Rumah Mewah Di Shanghai, Ada Pasport Australia Palsu Untuk Sorok Identiti Sebenar?

LocalPolitics
21 Jul 2025 • 10:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, keberadaan ahli perniagaan yang juga merupakan dalang disebalik utama kes 1MDB iaitu Jho Low masih menjadi mesteri susulan dirinya belum ditemui hingga ke hari ini.

Duduk di kawasan perumahan mewah di China

Bagaimanapun, Jho Low didakwa kini sedang duduk di kawasan perumahan mewah di Shanghai, China dan juga miliki pasport Australia palsu untuk tinggal di negara berkenaan.

image is not available

Melalui laporan Free Malaysia Today, keberadaan Jho Low di negara China itu didedahkan oleh wartawan penyiasatan, Bradley Hope dan Tom Wright.

Guna nama palsu untuk sembunyi identiti sebenar

Dalam pada itu, kedua-dua wartawan tersebut mengatakan mereka sudah mengumpul bukti dari pelbagai sumber dan dokumen yang baru yang menunjukkan bahawa ahli perniagaan itu tinggal di kawasan kediaman mewah di Green Hills, Shanghai, China.

Tambahannya lagi, Jho Low telah menggunakan pasport Australia palsu dengan menggunakan nama “Constantinos Achilles Veis” bagi menyembunyikan identiti sebenar daripada diburu oleh pihak berkuasa Malaysia.

Namun kesahihan mengenai Jho Low menetap di kawasan kediaman mewah itu masih belum dapat disahkan.

image is not available 2025-01-16 15:22:55

“Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoal Gaya Hidup Mewah & Bermegah-Megah” - Najib Razak