Jho Low Didakwa Kini Tinggal di China Dengan Menggunakan Pasport Australia Palsu?

LocalPolitics
19 Jul 2025 • 2:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui keberadaan ahli perniagaan yang juga merupakan dalang utama kes 1MDB iaitu Jho Low sehingga kini masih menjadi misteri kerana sehingga sekarang, dia masih belum ditemui.

image is not available

Namun, terkini, Jho Low kini didakwa sedang tinggal di sebuah kawasan perumahan mewah di Shanghai, China dan dia juga dikatakan memiliki pasport Australia yang palsu untuk tinggal di negara itu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, keberadaan Jho Low di negara China itu didedahkan oleh wartawan penyiasatan, Bradley Hope dan Tom Wright.

Difahamkan, pendedahan itu dibuat oleh kedua-dua individu itu menerusi siaran langsung di YouTube.

Menurut kedua-dua wartawan itu lagi, mereka mengatakan mereka telah mengumpul bukti daripada pelbagai sumber dan dokumen yang baru didedahkan yang menunjukkan bahawa Jho Low kini sedang tinggal di sebuah kediaman mewah di Green Hills, iaitu sebuah kawasan perumahan orang kaya di Shanghai, China.

Mereka turut mendakwa bahawa Jho Low yang telah lama diburu oleh pihak berkuasa Malaysia itu telah menggunakan pasport Australia palsu telah menggunakan nama “Constantinos Achilles Veis”.

Jho didakwa menggunakan nama tersebut untuk menyembunyikan identiti sebenarnya, lapor Variety.

Walau bagaimanapun, kesahihan tentang dakwaan lokasi keberadaan Jho Low itu setakat ini masih belum dapat disahkan.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.