Ji Changwook Dilamar Terajui Drama Thriller ‘The Mantis’ Bersama Go Hyunjung

Entertainment
9 Jan 2024 • 1:25 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Adakah Ji Chang-wook bakal kembali berlakon dalam drama thriller selepas membawa watak romantik dalam “Welcome To Samdalri”?

Menurut laporan media Korea, Ji Chang-wook akan muncul sebagai teraju utama dalam siri terbaru “The Mantis”.

Ianya satu cerita seram thriller di mana seorang wanita telah dipenjarakan sebagai pembunuh berantai bertahun-tahun yang lalu, dan apabila seseorang meniru pembunuhan berantai tersebut, satu lagi siri pembunuhan berantai yang menakutkan berlaku.

image is not available

Drama ini adalah naskhah remake daripada siri drama Perancis dengan nama yang sama, yang telah mendapat perhatian ramai selepas ditayangkan pada Disember 2017 di Netflix.

Khabarnya, pelakon Go Hyun-jung turut akan menerajui drama ini dan sedang meneliti tawarannya.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.