
TAHNIAH diucapkan buat pengacara terkenal, Jihan Muse yang selamat melahirkan anak ketiganya.
Berita gembira itu dikongsikan suami Jihan, Ungku Hariz menerusi laman sosial Instagram.
Pemilik nama Nur Jihan binti Musa dan suami telah memilih nama yang cukup manis buat putera mereka.
"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki ketiga kami yang diberi nama, Ungku Attufayl Adl bin Ungku Hariz Faizal," kongsinya.

Dalam pada itu, pasangan selebriti itu turut memohon perlindungan buat cahaya mata mereka.
“Aku berlindung dengan kalimat ALLAH yang sempurna daripafa setiap syaitan dan binatang melata, dan dari setiap mata jahat yang hasad.” - HR Bukhari.
Jihan terdahulu mengumumkan kehamilan ketiganya itu pada Ogos 2024 dan menzahirkan hasrat menimang anak perempuan.
Sekadar info, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 6, dan Ungku ltamis Barr, 2.


