Jijik! Dah Makan Separuh Jalan Baru Perasan Ada Plaster Luka Terpakai Dalam Kuey Teow

Entertainment
11 Oct 2022 • 2:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebersihan makanan adalah suatu aspek yang sangat penting kepada kita agar tidak terkena keracunan makanan. Apatah lagi kalau makanan tersebut telah tercemar dengan bendasing yang tidak sepatutnya.

Kita sebagai pengguna mesti kembang tekak bila dapat tahu makanan kita dah tercemar.

Menerusi laman sosial twitter, seorang warganet telah berkongsi pengalaman dia terjumpa plaster luka yang telah digunakan dalam kuey teow yang baru dipesan melalui servis penghantaran makanan.

image is not available

Lebih meloyakan adalah apabila diteliti, plaster luka yang telah digoreng bersama kuey teow tersebut dipercayai telah digunakan.

Menerusi ciapan tersebut, dia meluahkan rasa geli, “terdapat plaster yang dah dipakai dalam kuey teow saya, nak nangis,” tulisnya.

Pada awalnya, dia menyangkakan bahawa plaster tersebut adalah kepingan kulit ayam yang digoreng bersama kuey teow.

image is not available

“Saya ingatkan kulit ayam jadi saya ketepikan dan hampir menghabiskan kesemuanya,” katanya.

Setelah hampir habis makan, barulah kawan kepada wanita ini menyedari mengenai plaster yang diasingkan itu.

Ciapan tersebut mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang turut berkongsi pengalaman mereka menjumpai bendasing di dalam makanan mereka. Ramai juga di antara mereka yang meluahkan rasa kembang tekak terhadap tahap kebersihan yang ditunjukkan.

image is not available

Ini adalah salah satu sebab plaster yang menyerupai warna kulit ini tidak dibenarkan buat mereka yang bekerja di dalam bidang F&B (food and beverage) dan digalakkan untuk menggunakan plaster bercorak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.