“Jijik”- Kedai Makan Didakwa Basuh Semula Ayam Dari Sisa Pelanggan [Video]

LocalFood
21 Oct 2024 • 12:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap kali ingin membeli atau menikmati makanan di mana-mana kedai makan tentunya kebersihan dan kualiti bahan menjadi aspek utama kepada mana-mana pelanggan.

Ini kerana terdapat segelintir peniaga yang memandang remeh terhadap isu kebersihan, malah sikap itu turut menyebabkan ada pelanggan mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Tular video pekerja restoran basuh sisa makanan dari pinggan

Baru-baru ini, sebuah restoran turut menjadi perhatian apabila mereka didakwa menggunakan semula sisa makanan yang telah dihidangkan kepada pelanggan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @update11111 di X, kelihatan seorang lelaki yang juga pekerja di restoran berkenaan sedang berada di tempat basuhan.

Letak sisa lebihan makanan yang dibasuh ke dalam mangkuk lain

Lelaki itu dipercayai sedang mengambil sisa lebihan ayam dari pinggan pelanggan dan membasuhnya.

Dia kemudian dilihat meletakkan semula ayam yang telah di basuh ke dalam mangkuk lain. Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana dan bila insiden ini berlaku.

Menerusi ruang kapsyen pemilik akaun X mendakwa ayam berkenaan akan ‘dikitar semula’.

“Recycle chicken,” tulisnya ringkas berserta emoji ketawa.

Ramai sifatkan tindakan pekerja restoran jijik

Melihat di ruangan komen, tindakan pekerja lelaki itu turut membuatkan ramai loya tekak apabila melihat video tersebut.

Namun ada yang berpendapat mungkin ayam tersebut dibasuh untuk diberikan kepada kucing atau haiwan liar.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa ayam yang dibasuh itu berkemungkinan dipakai semula untuk masakan lain seperti nasi goreng dan sebagainya.

Ada juga yang mendakwa perkara itu turut dilakukan oleh segelintir peniaga yang menjual makanan.

“Kalau kedai korang selalu pergi pukul 2 atau 3 tapi banyak lagi lauk dan harga murah, korang terima jelah cara dia memotong harga kos. Asal kenyang, poket sihat dan perut tak sakit.”

image is not available

“Dia nak bagi kucing kot”

image is not available

“Aku pernah buat spekulasi ni dengan keluarga masa sekolah menengah dulu. Masa tengah sarapan pula tu…”

image is not available

“Jijik”

image is not available