“Jijik” – Langsung Tak Berkabung, Hantaran IG Kim Soohyun Pada Hari Pemergian Kim Saeron Jadi Perhatian

EntertainmentLifestyle
12 Mar 2025 • 1:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nama Kim Soo-hyun sedang hangat disebut dalam industri hiburan Korea sekarang.

Sementara perhatian sedang tertumpu kepada pendedahan penuh yang dibuat oleh YouTube Garo Sero Research Institute mengenai kontroversi Kim Soo-hyun melibatkan Kim Sae-ron, ramai juga yang telah mengimbas kembali hantaran yang dibuat lelaki itu pada hari kematian mendiang.

Khususnya pada 16 Februari, Kim Soo-hyun telah memuat naik foto lambakan hadiah hari jadi yang diterimanya dari peminat, iaitu pada hari yang sama selepas Kim Sae-ron diumumkan ditemui tidak bernyawa di rumahnya.

Berbeza dengan selebriti lain yang berkabung, Kim Soo-hyun nampaknya langsung tidak memberi penghormatan untuk Kim Sae-ron malahan, selamba berkongsi hantaran ketika sambutan ulang tahun kelahirannya.

Dengan ini, netizen rata-rata mengkritik Kim Soo-hyun dan semakin percaya dengan segala pendedahan yang dibuat mengenainya kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved