Jijik! Penduduk Kondo Mewah Didakwa Pengotor, Campak Tuala Wanita Merata Atas Lantai

Entertainment
26 Jan 2023 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, telah tular sebuah ciapan di Twitter mengenai kisah penduduk di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pengotor beberapa penghuni di perumahan tersebut.

Bayangkan sebuah kondominium mewah yang boleh dikategorikan sebagai kawasan ‘elit’, tapi tuala wanita dibuang merata-rata dengan kesan darah yang jelas terlihat!

Tuala wanita & kondom terpakai dibuang merata?

Menerusi ciapan berkenaan, ada individu yang tidak bertanggungjawab bertindak membuang tuala wanita secara merata di lantai kawasan perumahan tersebut dengan kesan tompokan darah yang dapat dilihat dengan jelas.

Difahamkan, kejadian tersebut telah membuatkan penghuni lain berasa tidak selesa kerana tuala wanita terpakai berkenaan berselerak di ruang laluan mereka.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah, bukan tuala wanita sahaja yang dibiarkan di merata tempat tetapi kondom yang telah dipakai turut dibuang merata di lantai kondominium berkenaan.

image is not available

Walaupun perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan kondominium tersebut, namun pelakunya masih lagi belum dapat dikesan dan perkara ini telah berlaku lebih daripada setahun yang lalu.

Netizen berasa geli dan jijik!

Rata-rata netizen di ruangan komen, meluahkan rasa geli dan jijik terhadap tindakan individu ‘misteri’ tersebut yang sanggup membuang tuala wanita dan kondom itu secara merata di kondominium terbabit.

image is not available

Apa korang buat kalau korang jumpa pad yang dah pakai macam tu?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.