Jijik! Wanita dipercayai pelancong China tak malu ‘memerut’ luar homestay

2 Jan 2024 • 8:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Perkongsian video yang tular di media sosial memeperlihatkan seorang wanita dipercayai pelancong China tak malu ‘memerut’ luar homestay di Cameron Highland telah mendapat kecaman ramai.

Macam dah tak ada rasa malu!

Menerusi video yang dikongsikan semula akaun X anthraxxx781, dapat dilihat yang dua orang wanita berjalan berhampiran homestay di Kea Farm sebelum mencangkung dan membuang air besar di tengah laluan tersebut.

Pelancong tak malu memerut. Buka seluar, cangkung, buang air

Dia yang tidak semena-mena membuka seluar sebelum ‘melepaskan hajat’ seperti tidak ada perasaan malu apabila meninggalkan najisnya disitu sambil berlalu pergi.

Rakan yang mengikuti wanita terbabit pula bertindak membuka selendang yang dibawa untuk menutupi bahagian belakang temannya sebelum masing-masing beredar.

image is not available

Dipercayai Pelancong China tak malu memerut kantoi dekat CCTV

Perilaku jijik yang terakam kamera litar tertutup (CCTV) itu telah tular di media sosial dan membangkitkan kemarahan orang ramai kerana geli dengan sikap pengotor pelancong berkenaan.

Ramai yang hairan dengan tindakan mereka yang begitu senang membuka seluar dikawasan umum dan membuang air besar sedangkan tandas awam ada sahaja jika mereka ingin menggunakannya.

image is not available

Macam kucing pula lepas buang air terus tinggal

image is not available

Pengotor betul perangai macam tu

image is not available

Walau bagaimanapun, motif sebenar pelancong tersebut bertindak sebedemikian rupa masih tidak diketahui. Boleh jadi memang sudah menjadi tabiat mereka tidak menggunakan tandas jika ingin membuang air.

 

Sumber: X anthraxxx781