Tular Video Didakwa Pelancong China Selamba Buang Air Besar Luar Homestay Di Cameron Highlands

Entertainment
2 Jan 2024 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya beberapa tahun lalu pernah heboh kes pelancong dari China yang bercuti di negara ini melakukan perbuatan tidak senonoh iaitu membuang air besar di tempat awam.

Ingatkan tiada lagi kes seperti itu, tapi baru-baru ini tular video seorang wanita yang dipercayai pelancong China membuang air besar di luar homestay di Cameron Highlands.

Memetik sumber Kosmo!, hantaran rakaman CCTV itu dikongsikan dalam Group Cameron Highlands di Facebook yang memaparkan seorang wanita melakukan perbuatan tidak senonoh di perkarangan sebuah homestay di Kea Farm.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, dua orang wanita sedang berjalan di perkarangan homestay di situ. Tiba-tiba, seorang wanita berhenti berjalan lalu membuang air besar.

Sementara itu, rakan wanita tersebut dilihat cuba melindungi pandangan CCTV ketika rakannya membuang air besar sebelum bergegas meninggalkan lokasi tersebut.

Kelakuan wanita itu telah mengundang kemarahan netizen yang meluahkan rasa jijik yang disifatkan perbuatan itu tidak bertamadun.

Malah, tindakan wanita itu telah mencemarkan imej pelancong lain dari China yang berkelakuan baik.

Netizen juga mempersoalkan tindakan mereka yang selamba melepaskan hajat besar atau kecil di mana-mana tanpa berusaha mencari tandas yang berdekatan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Agaknya kenapa mereka lebih ‘selesa’ buat begini ya?

Sumber: Kosmo!, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.