“Jijiklah!” – Siap Kunyahkan Nasi & ‘Share’ Air Dari Mulut, Aksi ‘Sweet’ Pasangan Ini Bikin Netizen Loya

30 Aug 2022 • 4:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video dari negara jiran iaitu Indonesia yang memaparkan aksi ‘sweet’ pasangan kekasih hingga ia menerima perhatian ramai.

Difahamkan dari video terbabit, wanita itu hanya ingin memakan makanan yang dikunyah oleh teman lelakin saja sebagai bukti cintanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VIDEO_MEDSOS (@video_medsos)

Di dalam video yang dimuat naik, lelaki itu kelihatan sedang meniup makanan secara perlahan sebelum cuba untuk menyuap nasi tersebut ke mulut teman wanitanya, namun ditolak.

Lagi membuatkan netizen berasa ‘geli’ melihatnya apabila lelaki berkenaan terpaksa mengunyah nasi itu dahulu lalu mengeluarkan ia kembali dan menyuapkannya ke mulut teman wanita.

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik melihat aksi pasangan berkenaan.

image is not available

Tambahan lagi, ada yang berseloroh mengatakan wanita tersebut tidak mempunyai gigi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Kesian.. Tak Ada Anak" - Pemanggil Radio Sindir Elizad Buat Netizen Sakit Hati