Viral Di TikTok, Sekumpulan Penari Dari Sabah Berlatih Tarian Anggalang Magunatip Menarik Perhatian Netizen

29 Aug 2022 • 3:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Siapa berani menyahut cabaran buat tarian ni? image is not available

Viral Di TikTok, Sekumpulan Penari Dari Sabah Berlatih Tarian Anggalang Magunatip Menarik Perhatian Netizen. Baru-baru ini, sekumpulan penari dari Sabah menarik perhatian netizen apabila video mereka melakukan tarian tradisional anggalang magunatip menjadi viral di TikTok.

Video tersebut telah ditonton sebanyak 1.1 juta kali pada masa penulisan dan telah menerima banyak respons daripada netizen, yang menganggap tarian itu mustahil dilakukan tanpa latihan yang betul!

image is not available
Viral Di TikTok, Sekumpulan Penari Dari Sabah Berlatih Tarian Anggalang Magunatip Menarik Perhatian Netizen

Practice makes perfect!

Dalam video tersebut, kumpulan tarian itu, @sbpapar (atau Sakag Budaya Papar) dilihat sedang berlatih tarian anggalang magunatip, tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di Sabah. Untuk pengetahuan anda, tarian anggalang magunatip merupakan kombinasi dua jenis tarian.

Bagi tarian magunatip, kebiasaannya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

image is not available
Kredit foto: Twitter

Bagi tarian anggalang pula, ia sering ditarikan untuk majlis seperti sambutan perayaan. Malah, secara tradisionalnya tarian ini dibuat untuk menyambut kedatangan orang yang jauh melawat mereka sambil memukul gong.

Kebiasaannya, tarian anggalang akan sering dilakukan oleh para wanita tetapi ia tidak jarang penari lelaki juga mempelajari tarian itu untuk tujuan latihan!

image is not available
Kredit foto: Twitter

It takes a lot of practice untuk melakukan tarian ini dengan sempurna, seperti yang ditunjukkan oleh para penari Sakag Budaya Papar!

Anda boleh lihat video mereka membuat tarian itu di bawah:

“Aku main, hilang kaki,” – netizen

Rata-rata netizen kagum dengan koordinasi penari untuk melakukan tarian itu – lagipun, mereka menjadikannya kelihatan begitu mudah tetapi kita semua tahu sebenarnya tidak!

Antaranya seperti:

image is not available
Kredit foto: TikTok @sbpagar

image is not available
Kredit foto: TikTok @sbpagar

image is not available
Kredit foto: TikTok @sbpagar

image is not available
Kredit foto: TikTok @sbpagar

Kalau di Sarawak, tarian hampir mirip dengan tarian ini ialah Tarian Alu-Alu oleh suku kaum Melanau. Namun, di sebalik persamaan mereka, kedua-dua tarian itu masing-masing mempunyai keunikannya tersendiri!

Secara keseluruhannya, ia sangat menggembirakan melihat generasi muda masih berusaha untuk mengekalkan budaya mereka!

Lagi tentang budaya di Borneo di bawah: