“Jijiknya!” – Video Tikus Makan Ayam Mentah Berendam Dalam Tong Berisi Air Didakwa Di Kawasan Pudu Undang Perhatian [Video]

LocalFood
10 Nov 2026 • 3:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, isu kebersihan premis ayam mentah dan persoalan mengenai pemilikan sijil halal menjadi topik hangat netizen. Ramai yang mempersoalkan sama ada rakyat di sekitar Lembah Klang selama ini membeli bekalan ayam halal atau pun bangkai.

Satu kes melibatkan dakwaan ayam yang direndam dalam air panas sehingga mati dan satu lagi membabitkan pengusaha premis yang menggunakan kaedah kejutan rendaman air berarus elektrik melebihi had ditetapkan pihak berwajib.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Gusar Termakan Ayam Tak Disembelih Ikut Syarak, Ini Hukumnya Menurut Mufti Pulau Pinang

Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Air Besar Berisi Ratusan Ayam Mentah

Terbaharu, aktivis badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Kebajikan Surplus dikenali sebagai Abe mendedahkan sebuah premis pemprosesan ayam mentah yang kotor dipercayai terletak di Pasar Pudu, Kuala Lumpur.

Menerusi video Live TikTok tersebut, kelihatan seekor tikus sedang makan ayam-ayam mentah yang direndam dalam sebuah tong besar berisi air.

@zarif_syarafuddin

♬ original sound – zarif syarafuddin

Bukan sahaja ayam yang jelas tercemar, malah ramai juga netizen meluahkan rasa bimbang sekiranya haiwan perosak itu kencing di dalam tong berkenaan.

“Jika benar tikus dilihat memakan ayam mentah di kawasan premis, perkara ini bukan isu kecil yang boleh dipandang sebelah mata! Ia melibatkan kebersihan premis, keselamatan makanan dan kesihatan orang ramai.

“Persoalannya, apakah keadaan seperti ini dibenarkan berlaku di tempat pengendalian bahan mentah makanan? Tikus merupakan haiwan perosak yang boleh membawa pelbagai bakteria dan kuman,” kata seorang pengguna Threads.

View on Threads

Video Tikus Makan Ayam Mentah Dirakam Dari Pintu Belakang Premis

Menerusi satu lagi video tular, kelihatan aktivis-aktivis Surplus sedang merakam situasi dalam kedai ayam itu daripada pintu belakang premis berkenaan.

Jelas perakam video, terdapat beberapa ekor lagi tikus yang sedang berkeliaran sekitar tong besar tersebut.

“Apa ni?! Dia (tikus) makan ayam-ayam dalam air tu. Tikus tu bergerak dari satu ayam ke satu ayam,” kata sukarelawan Surplus.

Sebelum ini, pasukan yang sama diketuai Ketua Aktivis Surplus, Ustaz Sophian Mohd Zain telah menyerbu sebuah kedai ayam mentah di Pasar Pudu, Kuala Lumpur yang didakwa menjual ayam bangkai yang tidak disembelih kepada para pembeli.

Dakwanya, kedai tersebut dimiliki syarikat pembekal ayam, Bhuiyen Sdn Bhd. Bhuiyen kemudiannya tampil menafikan dakwaan syarikat tersebut menyembelih ayam tidak mengikut syarak.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi satu kenyataan kemudiannya mendedahkan Bhuiyen hanyalah pembekal dan bukan pemilik premis penyembelihan ayam tersebut dan produk yang disembelih tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Bhuiyen kemudiannya dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dakwa mereka telah menyebarkan fitnah.

‘KKM Turun Siasat, Kami Beli Ayam Nak Makan Bukan Pertaruh Nyawa’ – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa risau kerana ia melibatkan keselamatan makanan selain menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Kalau betul tikus boleh bebas berkeliaran dekat tempat proses ayam, ini bukan isu kecil. Ini melibatkan kebersihan, keselamatan makanan dan kesihatan orang ramai. Harap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turun siasat segera. Kita beli ayam nak makan, bukan nak pertaruhkan nyawa,” kata seorang lelaki.

“Adui geli-geleman la aku tengok. Trauma nak makan ayam,” tambah seorang individu.

Sementara itu, ramai juga menjelaskan kepentingan cop dan sijil halal JAKIM bagi mengendalikan makanan.

“Nampak tak betapa pentingnya pengiktirafan dan pensijilan halal JAKIM? Ia bukan sekadar logo atau sijil untuk dipamerkan, tetapi melibatkan pemantauan kebersihan, keselamatan makanan dan pematuhan proses pengendalian dari awal hingga akhir.

“Halal bukan sekadar pada cara penyembelihan, tetapi juga kebersihan dan keseluruhan rantaian pengendalian makanan.  

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Jijiknya!” – Video Tikus Makan Ayam Mentah Berendam Dalam Tong Berisi Air Didakwa Di Kawasan Pudu Undang Perhatian [Video]
Image from: “Jijiknya!” – Video Tikus Makan Ayam Mentah Berendam Dalam Tong Berisi Air Didakwa Di Kawasan Pudu Undang Perhatian [Video]
Image from: “Jijiknya!” – Video Tikus Makan Ayam Mentah Berendam Dalam Tong Berisi Air Didakwa Di Kawasan Pudu Undang Perhatian [Video]
Image from: “Jijiknya!” – Video Tikus Makan Ayam Mentah Berendam Dalam Tong Berisi Air Didakwa Di Kawasan Pudu Undang Perhatian [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Kecoh Isu Proses Sembelih Ayam: Premis Bukan Milik Bhuiyen & Tiada Sijil Halal – JAKIM

Baca Artikel Berkaitan: Tular Aktivis Dakwa Pekerja Warga Asing Jual Ayam Bangkai Tak Sembelih Di Pasar Pudu KL, Ramai Gesa JAKIM Jalankan Siasatan [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved