“Jika Benar Kita Ditakdirkan Bersama…” – Farid Kamil Kongsi Foto Dengan Seorang Wanita Di FFM35, Ramai Doakan

23 Nov 2026 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Jika Benar Kita Ditakdirkan Bersama…” – Farid Kamil Kongsi Foto Dengan Seorang Wanita Di FFM35, Ramai Doakan

Pelakon Farid Kamil mencuri perhatian selepas berkongsi beberapa keping foto bersama seorang wanita ketika menghadiri Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).Menerusi Instagram, Farid mengiringi foto berkenaan dengan kapsyen mengenai pertemuan yang tidak dirancang, selain menitipkan harapan agar hubungan yang ditakdirkan berkekalan hingga ke syurga.     View this post on Instagram           A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz) “Ada pertemuan yang tidak pernah kita rancang, namun terasa seolah-olah telah lama tertulis dalam takdir.“Dua jiwa, dua perjalanan, dua cerita kehidupan… akhirnya dipertemukan pada waktu yang hanya Allah mengetahui hikmahnya.“Mungkin kita tidak bertemu untuk sekadar mengisi kekosongan hati, tetapi untuk saling mengenali, memahami dan memperbaiki diri.“Aku tidak menjanjikan perjalanan tanpa ujian. Namun, jika Allah mengizinkan, biarlah langkah ini bermula dengan Bismillah, disertai keikhlasan dan berakhir dengan reda-Nya.“Kerana cinta yang paling indah bukan sekadar menemukan dua hati, tetapi membawa kedua-duanya semakin dekat kepada Ilahi.“Mungkin kita dipertemukan bukan secara kebetulan, tetapi kerana ada hikmah yang sedang Allah aturkan.“Jika benar kita ditakdirkan bersama, semoga bukan hanya di dunia, tetapi hingga ke syurga,” tulisnya sebelum mengakhiri kapsyen dengan ungkapan ‘Ku Laksamana Cinta’.Menjengah ruangan komen, ada yang tersentuh membaca kapsyen tersebut, manakala beberapa pengikut turut menitipkan doa buat Farid.“Sebak baca caption.“Wow I tunggu jemputan cings,” seloroh pelakon Adeline Tsen.“Smg d thn dpn kembali bertemu jodoh.“Tahniah @faridkamilz moga bahagia till jannah.“Syantik… sama cantik sama padan…semoga bahagia hingga ke jannah…” komen beberapa pengguna.Bagaimanapun, Farid tidak menyatakan identiti wanita berkenaan atau status hubungan mereka dalam kapsyen tersebut. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved