Jimat 40 Minit, KTMB Perkenal 6 Laluan Ekspres Bermula Ogos Ini!

7 Jun 2024 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mulai 1 Ogos ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan terbaharu KTMB iaitu ETS Ekspres di mana ia akan mengurangkan tempoh perjalanan di laluan popular.

KTMB perkenal laluan ETS Ekspres Baru

 

image is not available

Sumber : KTMB 

Enam perkhidmatan ETS Ekspress itu adalah:

– KL Sentral – Ipoh – KL Sentral
– KL Sentral – Butterworth – KL Sentral
– KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral

Pengurangan tempoh masa sebanyak 40 minit

Perjalanan kereta api bagi sektor KL Sentral-Ipoh kini akan mengambil masa dua jam, sektor KL Sentral-Butterworth akan mengambil masa tiga jam 30 minit, dan sektor KL Sentral-Padang Besar akan mengambil masa empat jam 50 minit.

image is not available

Sumber : KTMB 

Kereta api ekspres ini hanya akan berhenti di stesen utama, membolehkan penumpang menjimatkan sehingga 40 minit dalam masa berulang-alik.

Dengan pengumuman ini, KTMB juga telah mengemas kini jadual terbaru perkhidmatan ETSnya, yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos.

image is not available

Sumber : KTMB 

 

image is not available

Sumber : KTMB 

Dengan pengenalan ETS Express, stesen seperti Tanjung Malim, Sungai Buloh, dan Kampar akan mengalami pengurangan kekerapan tren ETS.

Terdapat lima kereta api yang menuju ke dan dari Ipoh dan Padang Besar, dengan enam kereta api bergerak ke dan dari Butterworth.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Tak Perlu Keluar Bajet Mahal-Mahal, Korang Boleh 'Jelajah Jepun' Hanya Di Shah Alam Je!