Jimat belanja! Resipi sapuan coklat ala Nutella homemade, no sugar. Mak-mak boleh buat sendiri

Cooking
3 May 2023 • 6:50 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

APA-apa sahaja mengandungi coklat memang digemari anak-anak termasuklah sapuan coklat. Antara yang popular jenama Nutella yang menggunakan kacang hazel sebagai bahan utama.

Harganya boleh tahan tapi demi menjinakkan selera anak, mak-mak sanggup berbelanja. Lagi pun memang mudah, hanya bakar roti dan sapu. Jimat masa!

image is not available
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Perkongsian resipi daripada Naem Mas ini boleh dicuba. Asbab anak sulung sangat menggemari sapuan itu, beliau melakukan inovasi dan mencipta resipi sapuan coklat sendiri.

“Hari ni buat choc spread ala Nutella since anak sulung minat sungguh makan dengan roti. Ada yang ni pun takpa dah. Nak beli tiap-tiap minggu botak jugak kepala.

“Yang penting no sugar (tanpa gula). tapi sedapnyaa ya ampun, Menyesal tak buat sendiri dari dulu,” ujarnya.

Mari kita pelajari cara menyediakan sapuan coklat ini. Hanya menggunakan lima bahan, insya-ALLAH menjadi.

Tidak terhad kepada kacang hazel, anda boleh menggunakan apa juga jenis kacang untuk resipi sapuan coklat ini.

image is not available
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Homemade Nutella No Sugar

Bahan-bahan

1 1/2 cawan kacang dipanggang (apa-apa jenis kacang seperti badam, hazelnut atau kacang tanah)
3 cawan dark chocolate compound Beryl’s
4 sudu besar minyak sayuran (Naem guna minyak zaitun)
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila

Cara penyediaan

1-Bakar kekacang kemudian kisar menggunakan pengisar sampai menjadi pes.

2-Tambahkan dua sudu besar minyak untuk melicinkan pes.

3-Cairkan coklat gelap menggunakan kaedah double boil dan tambahkan dua sudu besar minyak.

4-Campurkan coklat gelap yang telah dicairkan dengan dan pes kacang di dalam pengisar.

5-Masukkan secubit garam dan satu sudu teh esen vanila.

6-Kisar sampai sebati dan halus. Boleh tambah sedikit minyak hingga mencapai kepekatan yang disukai.

7-Kongsi Naem, jika anda sukakan sapuan coklat yang manis bolehlah menambahkan sedikit susu pekat.

8-Selepas mencapai kepekatan yang diigini, tuangkan ia ke dalam botol kedap udara. Siap!

Sumber: Naem Nas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.