Jiran Tak Puas Hati Parking Diambil, ‘Block’ Kereta Sampai Jalan Jadi Satu ‘Lane’

Entertainment
3 Jul 2024 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan semua orang bertuah memiliki rukun tetangga yang baik, ada yang jenis bersikap pentingkan diri dan kejam sampaikan menindas jiran lain serta berperangai toksik.

JIka tinggal di rumah berstrata, akan wujud masalah bising dan memasak hingga ganggu jemuran orang lain tetapi bagi kehidupan di perumahan teres, masalah paling common adalah berebut parking macam kejadian yang tengah tular di media sosial ini.

Dalam video tersebut, difahamkan individu yang merakam video ini bengang dengan sikap jiran yang suruh alihkan keretanya kerana jiran tersebut dakwa tapak meletak kereta itu adalah milik mereka.

Kisahnya, lelaki ini parking kereta di tepi rumahnya di mana ia terletak di hadapan rumah si jiran, lelaki ini diminta untuk alihkan keretanya kerana jirannya mahu guna ruang parking tersebut dan mendakwa bahawa itu adalah milik mereka.

Dalam kekecohan itu, lelaki ini menjelaskan bahawa jirannya mendakwa yang mereka sudah tinggal di kawasan perumahan tersebut lebih lama berbanding mereka.

Tidak puas hati melihat parking itu diambil jiran, pihak sana didakwa telah mengeluarkan kereta dari dalam rumah dan meletakkan ia di hadapan kereta pemilik video dengan sengaja untuk ‘menyekat’ kereta tersebut.

Difahamkan, pihak polis sampai turun padang untuk menyelesaikan masalah itu tetapi keadaan masih serupa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bengang dengan mempertikaikan sikap kejiranan dan penghuni rumah yang suka renovate sampaikan makan ruang di hadapan rumah dan tiada tempat untuk parking kereta sendiri.

image is not available image is not available image is not available

Kalau ikutkan memang kat situ tak ada milik sesiapa pun, kena give & take lah senang cerita.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article