Jiran Terhidu Bau Busuk, Lelaki Warga Emas Ditemui Telah Meninggal Dunia

Entertainment
31 May 2025 • 11:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan telah meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Papar, Sabah baru-baru ini.

Penemuan mayat warga emas berusia 68 tahun itu berlaku selepas jiran sekitar kawasan kediaman mangsa itu terhidu bau busuk.

Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri di rumah tersebut.

Pihak polis telah bergegas ke rumah warga emas itu selepas mendapat laporan daripada jiran bahawa mereka menghidu bau busuk datang dari rumah terbabit.

image is not available

Oleh kerana pintu rumah mangsa didapati berkunci, pihak bomba telah bertindak membuka pintu sebelum menemui warga emas itu dalam keadaan telah meninggal dunia.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Mayat mangsa ditemui terbaring dalam sebuah bilik di dalam kediaman terbabit.

Tiada sebarang unsur jenayah ditemui di dalam rumah itu dan susulan itu, kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.