Jiran Warga Emas Bergaduh Sudah Berbaik, Duduk Bersama Saling Bermaafan

20 Oct 2025 • 6:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial pergaduhan dua wanita warga emas dipercayai jiran sebelah menyebelah sehingga melibatkan sentuhan fizikal.

Jiran warga emas sudah berbaik

Video pergaduhan mereka tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi ada ‘plot twist’ disebalik penularan rakaman tersebut.

image is not available

Jiran warga emas dan anak-anak saling bermaafan

Susulan daripada itu, seorang pengguna TikTok yang juga bekas jiran kepada ‘mak cik tudung hijau’ telah memuat naik perkongsian di platform tersebut mendedahkan bahawa mereka sudah duduk bersama dan saling memohon maaf diatas keterlanjuran itu.

Menerusi kapsyen yang disertakan, Abel menyatakan mereka sepakat untuk mengadakan ‘majlis kedamaian’ antara mereka bagi mengelakkan perbalahan terus terusan sehingga melibatkan pihak berkuasa.

“Assalamualaikum, saya Abel (jiran sebelah kanan). Kata sepakat telah dilakukan di majlis kedamaian antara kami bertiga dan saya sendiri Abel ingin memohon maaf sekiranya ada berlaku perselisihan faham dan segala salah silap daripada pihak saya juga,” tulisnya.

image is not available

Semoga jadikan pengajaran

Dalam pada itu, dia juga mengakui bahawa turut mempunyai kesilapan dan berharap agar orang ramai dapat mengambil pengajaran diatas apa yang telah berlaku kepada mereka sebelum ini.

“Setiap manusia melakukan kesalahan termasuklah diri sendiri, maka ambillah iktibar dengan apa yang telah terjadi.

“Setiap yang berlaku ada hikmahnya, terima kasih semua,” tulisnya di media sosial.

image is not available

Dapat dilihat mereka semua menangis dan saling memohon maaf diatas segala yang telah berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan kekecohan di media sosial.

Terdahulu tular satu rakaman video seorang wanita telah menghalakan blower ke arah jirannya sebelum berlaku simbah menyimbah air antara mereka.

Tak lama setelah itu, muncul anak-anak kepada jiran bertudung hijau mengambil penyapu dan memukul warga emas disebelah rumah mereka dan terjadinya pergelutan sebelum dileraikan.

Video tersbut telah mendapat perhatian ramai sehingga laporan kepada pihak berkuasa turut dibuat.

Sumber: TikTok is8idfckno_