Jiro Dan, Bintang Siri ‘Ultraman’ Meninggal Dunia

Entertainment
25 Mar 2023 • 1:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

22 Mac lalu, peminat siri popular Jepun iaitu Ultraman telah dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang pelakonnya iaitu Jiro Dan.

Pelakon yang pernah meminjamkan suara sebagai Ultraman Jack dalam siri kegemaran ramai kanak-kanak itu telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Jiro Dan yang berusia 74 tahun itu juga telah memegang watak sebagai Hideki Go dalam Return of Ultraman pada tahun 1971, Ultraman Ace, Ultraman Taro, Ultraman Mebius, Ultraman Saga dan banyak lagi.

image is not available

Difahamkan, pelakon siri The Return of Ultraman itu telah disahkan menghidap penyakit kanser itu pada tahun 2017 lalu, dan keadaannya dikatakan bertambah buruk sejak tahun lepas.

Berita kematiannya ini difahamkan telah dikongsikan oleh pelakon yang membawakan watak Gen Ohtori dalam Ultraman Leo iaitu Ryu Manatsu menerusi Twitter.

Pengebumian Jiro Dan difahamkan hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekatnya sahaja.

Pelakon ini juga pernah meminjamkan suaranya sebagai Ultraman Jack dalam filem Ultraman Zero The Movie dan Ultraman Mebius Gaiden:Ghost Rebirth.

image is not available

Peminat yang membesar dengan cerita Ultraman yang dibintangi oleh Jiro sudah tentu akan merasai kehilangannya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.