
Seperti diketahui ramai, penyanyi asal dari negara Singapura iaitu Aisyah Aziz kini sudah pun berhijab.
Imej barunya mendapat perhatian ramai dan Aisyah sempat berkongsikan keindahan selepas dia mendalami agama Islam lebih mendalam.
Dapat petunjuk daripada Yang Maha Kuasa
Kata Aisyah, tahun lalu dia berdoa kepada Allah SWT untuk memberinya hidayah serta petunjuk daripada-Nya, selain kuat melepaskan apa yang perlu.
Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang. Saya diuji pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.

Keindahan perbaiki solat
Dalam pada itu, penyanyi itu turut berkata dengan dirinya perbaiki solat, ia telah memberi inspirasi dan mendapat ketenangan dalam jiwa.
Bahkan, dalam proses itu, Aisyah akui dia kini lebih mengenali erti sederhana dan tidak lagi mengejar hal duniawi.
View this post on Instagram
Manis sungguh Aisyah bila sudah berhijab sekarang ini. Semoga kekal istiqamah!
"Cantik Aisyah Aziz Secantik Namanya Dengan Imej Baru.." - Penyanyi Aisyah Manis Bertudung, Netizen Sokong Penampilan Baru
The post “Jiwa Makin Tenang, Tak Lagi Kejar Hal Duniawi” – Kini Sudah Berhijab, Aisyah Aziz Kongsi Keindahan Perbaiki Solat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


