
Kota Kinabalu: Penggiat seni kreatif tempatan perlu memanfaatkan identiti budaya dan etnik Sabah dan menterjemahkannya kepada karya seni yang berkualiti serta mampu menarik perhatian audiens luar.
Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin berkata, Sabah perlu mempunyai satu badan atau agensi yang mengawal dan mengangkat kualiti hasil seni tempatan agar karya-karya ini boleh menembusi pasaran luar.
Mengambil contoh industri hiburan Korea Selatan, katanya, mereka mempunyai satu agensi yang digelar Korea Creative Content Agency, yang menjaga kualiti kandungan kreatif mereka sebelum ditayangkan ke luar.
Menurutnya lagi, Korea Selatan hanya membangunkan industri filemnya pada 1980an, sedangkan Malaysia sudah bermula pada tahun 1950an.

