JKM cari waris bayi perempuan

LocalFamily & Parenting
9 Nov 2024 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Rompin mencari waris seorang bayi perempuan berusia tujuh hari yang ditinggalkan di Tapak Projek Prima Pinggir Pelangi, Rompin. Foto Facebook JKM Pahang

KUANTAN - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Rompin mencari waris seorang bayi perempuan berusia tujuh hari yang ditinggalkan di Tapak Projek Prima Pinggir Pelangi, Rompin.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, bayi terbabit ditinggalkan tanpa sebarang dokumen, pada Jumaat lalu.

"Bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Kini bayi tersebut telah ditempatkan di tempat selamat," katanya pada Sabtu.

Sehubungan itu, pihaknya memohon agar waris atau individu yang mempunyai maklumat dapat menghubungi Pelindung Kanak-Kanak untuk menyalurkan maklumat bagi membantu mengesan waris bayi untuk proses selanjutnya.

Sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Pelindung, Jenati Deleh di talian 09-4145278 di PKMD Rompin.