JKN Pulau Pinang Siasat Gerai, Rampas Gula-Gula Kenyal Punca Tercekik

LocalHealth & Fitness
21 Feb 2025 • 1:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
gula-gula

Kanak-kanak 10 tahun, Mohamad Fahmi Hafiz meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal yang dibelinya berhampiran sekolah.

Kejadian ini menyebabkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang segera membuat pemeriksaan ke atas beberapa premis berhampiran kawasan sekolah mangsa.

Gula-gula kenyal dirampas di salah sebuah premis

Lapor Sinar Harian, pemeriksaan yang dibuat pada Rabu menemui gula-gula ‘Gummy Original Basketball Soft Candy’s’ itu dijual di salah satu premis di Jalan Sungai Dua.

image is not available

Tanpa berlengah, produk tersebut terus disita bagi tujuan siasatan lebih lanjut.

Menurut Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen, JKN Pulau Pinang kini sedang meneliti tahap keselamatan produk tersebut dengan lebih lanjut.

Siasatan lanjut dijalankan, keputusan dibuat KKM

image is not available

JKN Pulau Pinang kini sedang menyiasat lebih lanjut berkaitan keselamatan produk makanan terbabit dan tindakan selanjutnya akan diselaraskan diperingkat ibu pejabat Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Daniel Gooi turut mengingatkan ibu bapa supaya memantau dan menasihati anak-anak supaya berhati-hati memilih makanan terutama yang mempunyai risiko tinggi menyebabkan tercekik.

Sementara itu, JKN Pulau Pinang memberi jaminan bahawa pemantauan keselamatan makanan akan terus dipertingkatkan bagi mengelakkan insiden sebegini daripada berulang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.