JKNJ Sahkan Satu Kluster Tibi Di Kota Tinggi, 804 Disaring & 33 Dikesan Positif

LocalHealth & Fitness
5 Feb 2026 • 10:38 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengesahkan terdapat satu kluster tuberkulosis (Tibi) di Kota Tinggi, Johor yang sedang tular ketika ini.

Jelas JKNJ, PKD Kota Tinggi telah mengesahkan satu kejadian wabak Tibi di sebuah lokaliti di daerah Kota Tinggi pada 25 Januari.

33 kes telah dikesan melalui aktiviti pengesanan secara aktif kepada 804 kontak rapat

“Sehingga 4 Februari sebanyak 33 kes dikesan melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif kepada 804 orang kontak rapat. Kesemua pesakit telah menerima rawatan dan kini sedang menjalani pemantauan rapi di fasiliti kesihatan yang berdekatan.

“Terdapat satu kematian dilaporkan, melibatkan salah seorang pesakit tersebut. Walau bagaimanapun, kematian ini disahkan bukan disebabkan oleh penyakit Tibi yang dihidapi.

“Penyakit Tibi turut dikenali sebagai batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada Mycobacterium tuberculosis yang merebak melalui udara kepada kontak rapat yang berdekatan,” ujarnya dalam satu kenyataan di Instagram.

Antara gejala adalah batuk berpanjangan, hilang selara makan dan banyak lagi

Menurut JKNJ lagi, gejala penyakit itu termasuk mengalami:

  • Batuk berpanjangan
  • Hilang berat badan yang ketara
  • Hilang selera makan
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Batuk berdarah

Walau bagaimanapun, penyakit berkenaan boleh dicegah serta sembuh sepenuhnya menerusi rawatan yang efektif dengan tempoh rawatan minima selama enam bulan.

Oleh itu, JKNJ menasihatkan penduduk di kawasan terbabit serta sekitarnya, terutama mereka yang mengalami gelaja batuk berpanjang atau mempunyai sejarah kontak dengan pesakit Tibi untuk segera menjalani saringan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran untuk membendung penularannya.

image is not available

Apa itu tuberkulosis dan gejalanya

Dalam hantaran sama, JKNK turut memberikan infografik menunjukkan tanda serta gejala penyakit Tibi dan bagaimana ia boleh merebak.

image is not available

Cara untuk mencegah Tuberkulosi

Memetik laman sesawang Hospital Pantai antara perkara yang boleh dilakukan untuk mencegah Tibi adalah:

  • Pengesanan dan rawatan peringkat awal – Terus dapatkan rawatan jika alami batuk berterusan, demam serta penurunan berat badan yang tak dapat dijelaskan. Rawatan awal untuk Tibi dapat meningkatkan peluang untuk pemulihan dan mencegah penyebaran penyakit.
  • Buat ujian – Individu yang berisiko tinggi seperti mempunyai HIV atau kontak rapat dengan Tibi harus menjalani ujian tuberkulosis.
  • Lengkapkan rawatan yang disarankan – Pastikan individu terbabit melengkapkan keseluruhan ubat anti-tuberkulosis seperti yang telah diarankan oleh doktor anda.
  • Jaga kebersihan – mereka yang dijakiti tuberkulosis, pelu menjaga kebersihan dengan baik apabila batuk. Pencegahan tersebut termasuk untuk mengelak sentuhan dengan orang lain, memakai topeng, menutup mulut serta hidung sewaktu batuk atau bersin dan buang kahak serta tisu yang digunakan dengan betul.
  • Vaksinasi – Vaksin BCG, yang berasal dari strain hidup Mycobacterium bovis, telah dibangunkan oleh Calmette dan Guérin sebagai vaksin yang dilemahkan untuk mencegah tuberkulosis.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ada pengguna yang memaklumkan mengenai penularan Tibi di kawasan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan penyakit wabak Tibi terbabit.

image is not available
image is not available
View on Threads