JKNS lancar buku panduan pengurusan penyakit Tibi

LocalHealth & Fitness
10 Dec 2022 • 2:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melancarkan buku panduan pengurusan penyakit Tuberkulosis (Tibi) di Sabah.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, buku ‘Sabah Handbook on Tuberculosis Management in Adults’ itu dihasilkan oleh doktor pakar di negeri ini, bertujuan memantapkan pengetahuan dan rawatan penyakit Tibi.

“Kandungan buku tersebut merangkumi tatacara perubatan dan rawatan Tibi secara global yang akan memberi panduan kepada semua doktor untuk merawat pesakit Tibi sama ada di hospital, klinik mahupun di lapangan.

“Selain itu, buku ini turut mengandungi strategi utama Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tibi melalui pengesanan awal penyakit, serta memastikan rawatan diberikan dan dipatuhi sehingga sembuh supaya pesakit tidak menjangkitkan penyakit ini kepada orang lain.

“Saya berharap buku panduan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam semua peringkat pengurusan penyakit Tibi, sekali gus berjaya mengawal dan mengurangkan insiden penyakit ini,” katanya ketika ditemui media sempena pelancaran buku berkenaan di Pejabat JKNS, Wisma Persekutuan pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Perkhidmatan Dan Pakar Perunding Respiratori, Jabatan Respiratori Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Kunji Kannan Sivaraman Kannan; Ketua Perkhidmatan Dan Pakar Perunding Keluarga, Klinik Kesihatan Sandakan, Dr Zaiton Yahaya, dan Pakar Perubatan Jabatan Respiratori HQE, Dr Muhamad Khairul Taufiq Rosli.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.