Joachim ambil alih tugas Menteri Penyelaras Covid-19 Sabah

12 Jan 2023 • 2:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Joachim - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah II, Datuk Dr Joachim Gunsalam akan mengambil alih tugas sebagai menteri penyelaras pengurusan Covid-19 di Sabah daripada Datuk Seri Masidi Manjun yang menggalas tanggungjawab itu sebelum ini, bermula Jumaat.

Masidi yang kini Menteri Kewangan susulan rombakan Kabinet Sabah berkata, langkah itu selaras dengan perubahan portfolio dalam Jemaah Menteri Kerajaan Sabah selepas Joachim dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, portfolio yang sebelum ini disandang Masidi.

Masidi dalam kenyataan pada Khamis menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pengurusan Covid-19 di Sabah khususnya Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Sabah, petugas kesihatan, anggota keselamatan, Sekretariat Covid-19 di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan semua pejabat daerah.

"Penghargaan khusus kepada semua pengamal media yang banyak membantu saya menyebarkan maklumat penting mengenai perkembangan Covid-19 di Sabah sejak saya menggalas tanggungjawab itu lebih dua tahun lepas,” katanya.

Dalam laporan Covid-19 terakhir beliau pada Khamis, Masidi memaklumkan Sabah mencatatkan angka jangkitan terendah sejak 3 Sept 2020 apabila merekodkan hanya enam kes baharu hari ini.

"Kadar positiviti juga rendah iaitu 0.46 peratus dengan sampel ujian berjumlah 1,295,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved