“Jodoh Darul Iman” – Terengganu Bakal Bangunkan Aplikasi Cari Jodoh, Nak Bantu Rakyat ‘Single’

Entertainment
8 Nov 2024 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bertemu jodoh melalui internet kini bukanlah sesuatu yang luar dari kebiasaan, media sosial serta aplikasi cari jodoh antara ‘penyumbang’ terbesar dalam mencari pasangan hidup melalui internet.

Terbaru, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mengumumkan pihak mereka kini dalam proses membangunkan aplikasi cari jodoh yang dipanggil ‘Jodoh Darul Iman’ bagi membantu rakyat negeri itu mencari pasangan hidup.

Perkara itu dimaklumkan YPKT menerusi satu hantaran di platform Facebook mengenai pelaksanaan aplikasi berkenaan.

“Aplikasi Jodoh Darul Iman dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. dan direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma.

Dengan pelaksanaan aplikasi ini, diharapkan dapat membantu masyarakat Terengganu dalam membina hubungan yang lebih baik dan mengukuhkan institusi keluarga di negeri ini,” kata YPKT menerusi hantaran itu.

Syarat yang ditetapkan untuk aplikasi itu ialah pemohon mestilah rakyat Terengganu yang berumur 21 tahun dan ke atas serta pengguna yang mahu mencari jodoh mestilah individu yang belum berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang berhasrat mencari jodoh.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.