Jodoh tak kenal usia, netizen terkesima lelaki berusia 15 dah bergelar bapa

Family & Parenting
20 May 2024 • 9:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Benarlah jodoh tak kenal usia apabila perkongsian pasangan suami isteri muda di platform TikTok tular dan mendapat perhatian ramai.

Apa yang lebih mengejutkan ramai adalah usia pasangan tersebut kerana tidak menyangka mereka masih terlalu muda untuk menempuhi alam perkahwinan. Namun, siapalah kita hendak melawan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Jodoh tak kenal usia

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu memuat naik sebuah foto bersama suaminya dengan menyertakan kapsyen ringkas seakan menggambarkan situasi kehidupan pada usia muda.

“Enjoy masa muda? Enjoy hidup berdua lepas kahwin?”tulisnya ringkas.

image is not available

Hadirnya si kecil penyeri rumah tangga

Perkongsian butiran ibu bapa yang tertera dalam sijil kelahiran anak yang baru sahaja dilahirkan pada 8 Mac lalu telah membuatkan ramai tersentak dan terkejut.

Mana tidaknya, dalam butiran tersebut jelas memaparkan usia pasangan berkenaan di mana si suami berusia 15 tahun, manakala isteri berusia 17 tahun.

image is not available

Mestilah kerja, sara isteri & anak

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet meninggalkan pelbagai reaksi berdasarkan perkongsian tersebut kerana tidak menyangka usia ibu dan bapa bayi berkenaan masih muda.

Ada juga yang meninggalkan soalan sama ada si bapa bekerja atau tidak bagi menyara keluarga kecil.

Persoalan itu mendapat perhatian si bapa dan memaklumkan dia bekerja dan masih berkemampuan untuk mencari sumber pendapatan demi keluarga.

“Sendiri ada kaki tangan belum cacat. Boleh usaha, boleh beli apa-apa guna duit sendiri. Sekarang hidup tak perlu nak menyusahkan orang tua (ibu bapa).
“Mestilah (kerja), takkan nak bagi anak bini makan rumput pula,”jawab mereka.

image is not availableimage is not available

Awal kahwin, aku masih struggle belajar

Tidak kurang juga ramai berseloroh dan meluahkan pandangan peribadi dengan menyatakan pasangan itu berkahwin muda di saat remaja seusia mereka sedang sibuk belajar menuntut ilmu.

image is not available image is not available image is not available

Tahniah! Comelnya anak
image is not available image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @icelem0nteaa._