Joe Biden marah hospital Gaza dibedil sehingga menyebabkan 500 penduduk Palestin maut, dakwa roket sesat Hamas jadi punca kejadian

19 Oct 2023 • 9:20 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Susulan pengeboman Hospital Al-Ahli Arabi di Gaza yang mengorbankan lebih dari 500 penduduk Palestin, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden melahirkan rasa marah dan sedih ke atas kejadian itu.

“Saya sangat marah dan sedih dengan kejadian pengeboman di hospital berkenaan yang menyebabkan kehilangan nyawa yang sangat dahsyat.

“Saya telah mengarahkan pasukan keselamatan negara untuk terus mengumpul maklumat tentnag apa yang sebenarnya berlaku,” katanya menerusi ciapan di X.

Lapor Reuters, Biden mendakwa pengeboman hospital berkenaan berpunca daripada roket sesat yang ditembak oleh militan Gaza.

“Berdasarkan maklumat yang kita lihat hari ini, ia berpunca dairpada roket sesat yang dilepaskan oleh kumpulan pengganas di Gaza,” katanya.

Sementara itu, Biden berjanji bahawa pihaknya akan memberikan lebih banyak bantuan kepada Israel dalam usaha untuk menumpaskan kumpulan Hamas yang telah membunuh 1,400 penduduk Israel, semenjak serangan 7 Oktober lalu.

Sumber: Reuters