Joe Biden Tersasul, Panggil Presiden Ukraine Dengan Nama ‘Putin’

Entertainment
12 Jul 2024 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, tular sebuah video yang memaparkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tersasul memanggil nama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dengan nama ‘Presiden Putin’ yang merupakan presiden Rusia.

Joe Biden melakukan kesilapan itu ketika kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Khamis lalu dan kesilapan yang berlaku hanya beberapa jam sebelum sidang akhbar yang boleh menentukan nasib beliau dalam pemilihan semula.

Beliau bagaimanapun cuba cover dan dengan pantas membetulkan kesilapan itu selepas menyedarinya lalu Zelenskyy pula dalam nada menyindir secara spontan menyebut ‘lebih baik’ daripada Putin.

“Dan sekarang saya serahkan (majlis) kepada Presiden Ukraine yang mempunyai keberanian yang sama seperti mana keazamannya.., tuan-tuan dan puan-puan (dipersilakan), Presiden Putin,” katanya.

Presiden AS itu kemudiannya berpaling dari rostrum sebelum kembali dan berkata;

“Presiden Putin! Dia (Presiden Zelenskyy) akan mengalahkan Presiden Putin. Presiden Zelenskyy, saya sangat fokus untuk mengalahkan Putin, kita perlu risau tentangnya,” katanya.

Kesilapan Presiden AS itu mengejutkan ramai namun, Presiden Ukraine dilihat hanya ketawa dan tidak mengambil serius hal berkenaan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.