Jofliam Akui Silap Perlekeh Ibu Guna Epidural Dan Mahu Lakukan Ini Kepada Wanita Hamil

LocalFamily & Parenting
21 Apr 2025 • 9:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Jofliam

Usahawan sensasi, Jofliam akhirnya tampil mengakui kesilapan memperlekeh pengorbanan bekas isterinya, Cik Epal, berkaitan penggunaan epidural semasa melahirkan anak mereka.

Menerusi Instagram Story, Jofliam mendedahkan yang waktu itu dia tengah beremosi dan sekarang baru sedar yang kata-katanya itu tidak sensitif.

Saya tidak sepatutnya mengeluarkan reply sebegitu… Dewi juga bersetuju kerana dia juga wanita dan terasa.

Jofliam minta maaf

image is not available

Jofliam turut menyedari bahawa kenyataannya bukan sahaja menyinggung hati bekas isteri, malah ramai wanita lain yang bergelut semasa melahirkan anak.

Saya ingin meminta maaf jika reply saya empat bulan lepas telah merendahkan pengorbanan seorang ibu yang menggunakan epidural.

Belajar dari kesilapan

image is not available

Sebagai tanda penyesalan dan penghargaan, Jofliam umumkan tawaran istimewa minggu depan untuk semua ibu-ibu yang membeli pizza darinya.

Saya akan hadiahkan bunga dan pizza extra berbentuk hati… Tanda meraikan ibu-ibu yang bersusah-payah melahirkan anak-anak.

Setiap ibu berkorban dengan cara berbeza. Jangan cepat menilai, lebih baik kita saling menghargai. Emosi marah bukan ruang terbaik untuk berkata-kata.

Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved