Jofliam Mohon Maaf, Akui Silap Perlekeh Ibu Guna Epidural – “Saya Tak Sepatutnya Keluarkan ‘Reply’ Sebegitu..”

Family & ParentingLifestyle
21 Apr 2025 • 11:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Jofliam mengakui kesilapannya memperlekeh pengorbanan bekas isterinya iaitu Cik Epal berkaitan penggunaan epidural semasa melahirkan anak mereka.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Jofliam atau nama sebenarnya Suhaimi mendedahkan pada waktu itu, dia sedang beremosi.

image is not available

 

Saya tak sepatutnya mengeluarkan reply sebegitu di DM. Dewi juga bersetuju, statement itu tidak patut dikeluarkan kerana dia juga wanita dan terasa dengan reply saya.

Dia turut menyedari bahawa kenyataan yang dikeluarkan bukan sahaja menyinggung hati bekas isteri, malah ramai wanita lain yang bergelut semasa melahirkan anak.

Saya ingin meminta maaf jika reply saya empat bulan lepas telah merendahkan pengorbanan seorang ibu yang menggunakan epidural.

image is not available

Dia juga memberitahu dia kini belajar dari kesilapan di mana dia perlu lari dari menaip dan melayan provokasi ketika emosinya tidak stabil.

Sebagai tanda penyesalan, dia mengumumkan bahawa dia bakal memberikan tawaran yang istimewa buat ibu-ibu yang membeli pizza daripadanya.

Bagi ibu-ibu yang mengandung yang membeli pizza, setiap pembelian saya akan hadiahkan bunga dan pizza extra berbentuk love, tanda meraikan ibu-ibu yang bersusah payah melahirkan anak.

image is not available

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila tular satu tangkap layar memaparkan Jofliam mengatakan bahawa ibu mengandung menggunakan epidural sebagai ‘cheat code’ ketika melahirkan anak.

image is not available 5 hours ago

Netizen 'Jijik' Dengan Kenyataan Jofliam Tentang Epidural 'Cheatcode' Buat Ibu Hamil Tak Rasa Sakit Bersalin - "Moga Dijauhkan Suami Macam Ni.."

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved