Netizen Amuk Lihat Perangai Biadap Dewi! Persoal Kenapa Sukarkan Proses Ambil Barang Cik Epal - “Kau Ni Kenapa? Apa Yang Jahat Sangat Ni!”

28 Apr 2025 • 8:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

 

Tindakan Dewi undang kemarahan netizen
 

Cik Epal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya turut memuat naik video pendek yang merakamkan tindakan Dewi menutup pintu sebaik sahaja dirinya tiba di kediaman tersebut.

Selain itu, Cik Epal turut mendakwa wanita itu telah mencederakan bahagian matanya.

Bagaimanapun tindakan Dewi itu ternyata telah mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata netizen mendakwa Dewi bertindak kejam selain melabelkan wanita itu sebagai seorang yang jahat kerana dilihat seolah-olah sengaja mengganggu proses pengambilan barang Cik Epal.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen mencadangkan supaya Cik Epal membuat laporan polis untuk menuntut keadilan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

 

 

 

 

 

 


Terdahulu, Cik Epal secara lantang menuntut pelbagai barangan peribadi dipulangkan termasuk Thermomix, kasut, pinggan mangkuk dan passport anak-anak.

Dalam beberapa siri Instagram Story, Jofliam pula menegaskan bahawa dia telah mengemas semua barangan yang dituntut dan meminta Cik Epal datang mengambilnya pada hari Isnin, dengan syarat.

Tambah Jofliam, isterinya sekarang, Emira Delyati, telah memberikan keizinan kepada Cik Epal untuk masuk ke rumah bagi mengambil barangan tersebut, asalkan ia disertakan dengan bukti pembelian.