Jofliam Dakwa Cik Epal ‘Halang’ Bawa Anak-Anak Bercuti Luar Negara

LocalFamily & Parenting
23 May 2025 • 10:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jofliam

Nampaknya percutian impian usahawan sensasi, Jofliam ke Koh Lipe, Thailand bersama isteri dan anak-anak terpaksa dibatalkan selepas menerima kejutan tak dijangka daripada pihak imigresen.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Jofliam mendakwa dia baru mendapat tahu bahawa bekas isteri, Cik Epal mengeluarkan surat tidak membenarkan anak-anak dibawa ke luar negara pada 21 Januari lalu.

Jofliam tak sangka dihalang bawa anak ke luar negara

image is not available

Usahawan ini meluahkan rasa terkilan mendakwa tidak dimaklumkan langsung oleh bekas isteri berkenaan arahan tersebut.

Malah katanya, dia sudah menghubungi bekas isteri memaklumkan mengenai percutian ke Koh Lipe tetapi tidak menerima sebarang respon.

Cubaan Han menelefon Cik Epal juga tidak dijawab membuatkan Jofliam nekad mempertahankan hak jagaan anak-anaknya.

“Tabah la Han Yuki, papa dah try”

image is not available

Bukan itu sahaja, Jofliam turut berkongsi kerugian yang perlu ditanggung apabila hotel di Koh Lipe yang telah ditempah dua hari lebih awal hangus begitu sahaja.

Dalam satu tangkap layar, dia menunjukkan jumlah tempahan hotel yang mencecah RM3,368.80!

Walaupun tak jadi ke Koh Lipe, Jofliam meneruskan percutian di Pulau Langkawi je. Dapat dilihat mereka sekeluarga meluangkan masa menaiki kapal persendirian melihat sunset demi menggembirakan anak-anak.

Pssttt! Macam mana Jofliam boleh tak tahu ada perintah mahkamah tu? Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi Han dan Yuki.

Kredit: Instagram Jofliam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.