Jofliam Didakwa Jadi Punca Jalan Sesak, Disaman MPAJ

LocalBusiness & Finance
28 Apr 2025 • 5:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa sangka, sambutan hangat pelanggan boleh bertukar jadi isu panas? Baru-baru ini, tular tentang tindakan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mengeluarkan saman terhadap satu perniagaan di Taman Melawati.

Difahamkan, peniaga tersebut yang menjual piza dipercayai milik influencer terkenal, Jofliam, telah menyebabkan kesesakan teruk gara-gara pelanggan berpusu-pusu datang untuk mengambil pesanan.

MPAJ jalankan pemantauan berterusan…

image is not available

Dalam kenyataan rasmi, MPAJ memaklumkan bahawa mereka menjalankan pemantauan berterusan terhadap aktiviti penjaja tanpa lesen di sekitar kawasan pentadbiran mereka.

Sepanjang aktiviti pemantauan, MPAJ telah mengenal pasti beberapa lokasi aktiviti menjaja tanpa lesen yang menyebabkan gangguan awam.- Jelas mereka.

Ekoran itu, satu kompaun telah dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil MPAJ 2007 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk setempat terus terjamin.

Usaha tangani masalah demi keharmonian…

image is not available

Menurut MPAJ lagi, mereka sentiasa menyokong pembangunan usahawan tempatan namun tegas dalam menegakkan peraturan demi menjaga ketenteraman awam.

Kami berharap semua pihak dapat mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi menjaga keharmonian bersama.- Kata pihak MPAJ dalam kenyataan mereka.

Malah, satu sesi perbincangan telah diadakan dengan pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik agar insiden sebegini tidak berulang.

Pihak MPAJ bagaimanapun tidak mendedahkan peniaga terbabit tetapi berdasarkan gambar yang ditutup wajahnya dan lokasi serta jenis perniagaan, orang mula menyebut nama Jofliam.

Sehingga kini, Jofliam masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai insiden ini.

Pssttt! Buat peniaga di luar sana, penting untuk pastikan segala lesen dan kebenaran diuruskan terlebih dahulu sebelum memulakan operasi. Jangan sebab sambutan luar biasa, kita abaikan faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Berniaga dengan patuh undang-undang bukan sahaja elak kena saman, malah jaga nama baik perniagaan juga.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.