Perniagaan Piza Jofliam Didakwa Menganggu Laluan & Ketenteraman, Penduduk Taman Melawati Buat Aduan Kepada MPAJ

LocalBusiness & Finance
22 Apr 2025 • 2:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan Jofliam kini menjadi perhatian selepas beberapa individu tampil membuat laporan terhadap perniagaan piza yang dijalankannya dari kediaman sendiri.

Menerusi perkongsian di laman Threads, beberapa penduduk yang tinggal di kawasan Taman Melawati telah membuat aduan dalam talian kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Mereka mendakwa operasi perniagaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas, menyulitkan pengguna jalan raya dan mengganggu ketenteraman awam. Selain itu, ia juga didakwa tidak berlesen dan tidak berdaftar secara sah.

Perniagaan ini secara berterusan dibuat dari rumah, dan check point jualan dibuat merata termasuk di kawasan kejiranan, sekolah dan stesen minyak. Walaupun banyak laporan telah dibuat kami belum menerima apa-apa tindakan wajar daripada pihak berwajib.

Meninjau ruangan komen, ramai penduduk tempatan turut berkongsi laporan yang telah mereka buat, menyuarakan kebimbangan terhadap kesan perniagaan tersebut terhadap komuniti.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga netizen menyeru agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemeriksaan ke atas pekerja perniagaan terbabit, khususnya berkaitan status suntikan typhoid yang mungkin tidak diambil.

Orang ramai menggesa pihak berwajib agar segera mengambil tindakan demi menjaga kesejahteraan penduduk sekitar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

"Bernikah Waktu Gaji Saya Hanya RM1,800" - Datuk Aliff Syukri Imbau Perjalanan Hidup Bersama Datin Shahida Buat Netizen Sebak