Jofliam Jawab Isu Status Perkahwinan, Sudah Lafaz Taklik Pada Cik Epal Tapi…

Entertainment
2 Oct 2024 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Usahawan dan pempengaruh, Jofliam telah tampil menjelaskan mengenai status perkahwinannya dengan Cik Epal.

Menurut Astro Gempak, Jofliam memaklumkan bahawa dia telah melafazkan taklik cerai sebanyak satu kali terhadap isterinya itu.

Kalau bagi saya ikut hukum sudah (cerai). Saya sudah lafaz taklik sebenarnya, sekali sahaja,” katanya.

Tidak mahu menjatuhkan hukum sembarangan, Jofliam menyerahkan semua keputusan yang sahih kepada pihak mahkamah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jofliam (@jofliam)

Tambahnya lagi, dia juga tidak pasti dengan status cerai berkenaan kerana jawapan yang diterima di kaunter mahkamah tidak selari.

Saya rasa biar mahkamah putuskan sebab bab hukum saya tak berani nak cakap.

“Saya tak pasti (status cerai), sebab apabila saya pergi ke kaunter mahkamah hari tu ada yang cakap sah cerai ada yang kata tidak.

“Tetapi, saya menghormati Cik Epal, perkara ini mungkin akan dikongsi lebih lanjut selepas mahkamah,” katanya.

image is not available

Pun begitu, Jofliam memaklumkan bahawa hubungannya dengan Cik Epal masih dalam keadaan baik.

Saya nak pergi Milan ini dia yang belikan baju saya, saya belikan beg tangan, apa yang dia nak saya bagi, apa yang tiada di rumah saya beli,” katanya.

Kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini.

Sumber: Astro Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.