Pempengaruh dan usahawan, Jofliam berkongsi perkembangan terbaharu mengenai isu hak penjagaan dua anaknya bersama bekas isteri, Cik Epal iaitu Han dan Yuki.
Menerusi hantaran di Instagram, Jofliam memaklumkan bahawa mahkamah hari ini telah memuktamadkan hak hadhanah penuh kedua-dua anak berkenaan kepadanya.
AdvertisementView this post on Instagram
“Pada hari ini, mahkamah telah memuktamadkan hak jagaan penuh bagi kedua anak kandungan saya Han dan Yuki, jatuh kepada ayah kandung iaitu saya.”
Menurut Jofliam, pihak-pihak terlibat turut menarik balik tindakan berkenaan dan mahkamah menggugurkan kes komital terhadapnya.
Dia berkata, sebagai pemegang hak hadhanah penuh, dirinya akan melaksanakan tanggungjawab terhadap kedua-dua anak dengan sebaiknya.
“Saya akan bersikap fleksible dan bertoleransi demi anak-anak.”
Jofliam turut menzahirkan penghargaan kepada individu yang membantunya sepanjang tempoh dua tahun berdepan proses berkaitan hak hadhanah.

Menerusi perkongsian lain, dia berkongsi foto bersama barisan peguam yang mengiringinya di mahkamah dan menyifatkan mereka sebagai individu yang sentiasa berada di sisinya sepanjang proses tersebut.
“Terima kasih Allah hadirkan orang-orang yang tepat di sekeliling saya. Peguam-peguam yang lebih mementingkan kerja di mahkamah berbanding sosial media.”
Dalam pada itu, Jofliam memohon maaf atas segala kekusutan yang berlaku melibatkan hal peribadi di khalayak ramai.
Dia turut berkata, selepas urusan berkenaan selesai, fokusnya kini adalah mencari rezeki untuk keluarganya.
“Sekarang adalah masa untuk saya fokus mencari rezeki demi keluarga baru saya.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jabatan Penjara Nafikan Sekerasnya Dakwaan Yasin Sulaiman, Dad*h Mudah Diperoleh Di 'Jail'
The post Jofliam Maklum Dianugerahi Hak Penjagaan Penuh Yuki & Han – “Peguam Saya Lebih Pentingkan Kerja Dari Media Sosial” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






