“Anak bukan barang dagangan!” – Berang Didakwa Tewas, Cik Epal Buka Mulut Isu Hadanah Han & Yuki

Family & Parenting
22 Sep 2026 • 3:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 22T154038.209

Isu hak penjagaan anak (hadhanah) antara usahawan popular, Cik Epal dan bekas suaminya sekali lagi menjadi perhatian ramai di media sosial.

Tular sebuah hantaran di platform Threads baru-baru ini apabila Cik Epal tampil menyelar dakwaan pihak tertentu yang seolah-olah menggambarkan dirinya ‘tewas’ atau mengalah dalam isu membabitkan anak-anak mereka, Han dan Yuki.

Menerusi hantaran tersebut, Cik Epal secara tegas menyatakan bahawa kedua-dua anak kandungnya itu bukanlah ‘barang dagangan’ yang boleh diperkotak-katikkan demi kepentingan peribadi.

Artikel berkaitan: “Semua bergantung kepada individu, bukan jantina” – Cik Epal Sangkal Kenyataan Wanita Tak Suka Lelaki Miskin

Artikel berkaitan: Jofliam Kongsi Berita Gembira Cahaya Mata Baharu, Nama ‘Dylan Asmara Jofliam’ Jadi Pilihan

 

View on Threads

 

“Menang kepala hotak kau. Han & Yuki bukan barang dagangan,”tulisnya memulakan kenyataan.

Beliau menganggap anak-anak bukanlah alat untuk memenangkan ego mana-mana pihak, apatah lagi digunakan untuk memfitnah ibu kandung supaya hilang rasa hormat terhadapnya. Cik Epal turut memberi amaran agar anak-anak tidak dijadikan bahan pameran untuk menunjukkan kasih sayang secara berpura-pura atau semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada isteri baharu.

Malah, beliau sangat membantah tindakan seperti menjadikan anak sebagai pengintip atau menggunakan guilt trip sehingga menyebabkan anak berasa bersalah apabila meluangkan masa yang gembira bersamanya.

Dalam pada itu, Cik Epal turut menjelaskan punca utama di sebalik keputusannya dalam isu hak penjagaan tersebut. Jelasnya, beliau tidak mahu kesihatan mental anak-anak terjejas akibat tekanan dan dakyah negatif.

“Aku tak nak Han & Yuki tak payah hadap stress macam pakar bagitahu sebab kena hasut, sampai sanggup cakap aku ni perempuan murah kena cerai,” dedahnya lagi.

Tambah usahawan berkenaan, beliau enggan melihat anak-anaknya membesar dalam keadaan broken home atau diajar untuk membenci bapa sendiri.

“Aku tak busuk macam kau dan hamak hasut anak benci bapak. Aku tak nak anak-anak dihasut. Aku tak nak anak-anak rasa broken home. Itu anak, bukan binatang,”bidasnya.

Di akhir hantarannya, Cik Epal turut memberi peringatan mesra dalam bahasa Inggeris agar pihak berkenaan melayani anak-anak sebagaimana sepatutnya dan tidak melibatkan mereka dalam konflik rumah tangga.

Hantaran berkenaan meraih pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan agar urusan Cik Epal serta anak-anak dipermudahkan dan dihindarkan daripada konflik berpanjangan.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved