Jofliam tak pernah lari bayar cukai, bangga jadi manusia berpatriotik

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2024 • 11:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam tak pernah lari bayar cukai selepas bekas isterinya, Cik Epal menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat perniagaannya iaitu Pizza Wagyu Jofliam.

Tegas bapa tunggal kepada dua cahaya mata, dia tidak pernah melarikan diri daripada membayar cukai, malahan cukai sebelum ini telah diselesaikan.

Tak pernah lari bayar cukai

Bagi membetulkan keadaan, Jofliam atau nama Jofli Abu Bakar memaklumkan dia akan ke sebuah syarikat yang menguruskan tentang perbelanjaan cukai perniagaannya sejak tahun 2020 lagi.

“Saya sudah selesai cukai dari 2022, 2021 dan kebawah. 2023 perlu diselesaikan tahun 2024 dan 2024 belum tamat guys.
“Pengiraan masih berjalan sebab perniagaan berdasarkan event,”maklumnya.

image is not available

Jelasnya lagi, bukan duit masuk sahaja yang perlu dilihat, tetapi modal yang dikeluarkan dalam mengusahakan perniagaan itu juga perlu diambil kira.

image is not available

Dalam pada itu, Jofliam turut menyertakan resit perbelanjaan sepanjang menjalankan perniagaan pizza termasuk gaji pekerja dan sebagainya.

image is not available

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Cik Epal mendedahkan perniagaan bekas suaminya itu hanya menggunakan cara pembayaran secara tunai (cash only).

Dia kemudiannya memberi bayangan seakan-akan bekas sumianya itu tidak membayar cukai pendapatan walaupun mempunyai keuntungan yang sangat tinggi termasuk pendapatan sehari boleh mencecah RM75,000.

Sumber: Instagram Jofliam