“Jangan kira duit masuk, kira duit keluar sama guys” – Jofliam Jawab Isu Dituduh Tidak Bayar Cukai

Entertainment
12 Nov 2024 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh dan juga chef piza terkenal, Jofliam hari ini menafikan dakwaan bekas isteri yang mengatakan dia lari daripada membayar cukai.

Sebelum ini, Cik Epal ada menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perniagaan piza yang diusahakan Jofliam yang didakwa hanya menggunakan cara pembayaran secara tunai (cash only).

Malah dakwanya lagi, Pizza Wagyu Jofliam telah meraih keuntungan sehingga RM75,000 sehari.

“Saya sudah selesai cukai dari 2022, 2021 dan ke bawah”

Dalam satu kenyataan di IG story, Jofliam berkata, dia sudah menyelesaikan cukai dari tahun 2022 dan ke bawah, manakala bagi tahun 2023 pula masih perlu diselesaikan dan untuk tahun 2024, pengiraan itu masih lagi berjalan.

Tambahnya lagi, terdapat syarikat tertentu yang menguruskan hal cukainya sejak dari tahun 2020 lagi dan dia akan ke syarikat tersebut esok bagi menyelesaikan urusan itu.

image is not available

Jangan kira duit masuk, kira duit keluar sama guys. Saya ada company secretary yang menguruskan cukai saya sejak 2020.

“Esok saya akan ke company secretary saya untuk menjelaskan situasi yang tidak betul. Chill guys. Saya adalah manusia ber’patriotik’ dan ‘Saya Anak Malaysia’,” tulis Jofliam.

Jofliam juga pada masa yang sama melampirkan beberapa resit yang menunjukkan pembayaran yang dilakukannya setiap kali membuat acara berkaitan piza.

Ia tidak termasuk aktiviti seperti mini zoo dan fire show, serta makanan yang disediakan di acara itu termasuklah gaji pekerja.

image is not available

image is not available

Tambah Jofliam, kesemua persembahan, makanan percuma dan acara yang diadakan semasa event pizanya itu adalah untuk menggembirakan pengunjung yang hadir.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.