Johan Estupinan Kekalkan Rekod Tanpa Kalah, Penonton Tunggu Jojo Ghazali Bangkit Kembali

24 Jan 2025 • 10:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perjuangan Jojo Ghazali Belum Berakhir Meski Tewas di Tangan Johan Estupinan

Johan Estupinan Kekalkan Rekod Tanpa Kalah, Penonton Tunggu Jojo Ghazali Bangkit Kembali. Dalam pertembungan epik yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, malam ini, bintang muda muaythai Malaysia, Muhammad Johan “Jojo” Ghazali, terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari Colombia, Johan Estupinan.

Jojo, 18, yang berasal dari Kuching dan berlatih di Rentap Muaythai Gym, mencuba sedaya upaya tetapi tidak berjaya menandingi strategi dan ketangkasan Estupinan. Bagaimanapun, Jojo Ghazali hanya kalah mata dengan lawannya.. Aksi sengit itu disiarkan secara langsung di saluran YouTube dan Facebook ONE Championship, yang menjangkau lebih 190 negara.

image is not available
Johan Estupinan Kekalkan Rekod Tanpa Kalah, Penonton Tunggu Jojo Ghazali Bangkit Kembali

Usaha Balas Dendam Tidak Kesampaian

Sebelum ini, Jojo pernah menyatakan bahawa Estupinan memang lawan yang hebat. Berdasarkan pemerhatiannya terhadap gaya lawan tersebut, Jojo telah mempersiapkan diri dengan strategi serangan balas dan ketahanan fizikal yang lebih baik.

“Saya dah bersedia sepenuhnya untuk bawa pulang kemenangan ini, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk membalas kekalahan abang saya sebelum ini,” kata Jojo dengan penuh emosi sebelum perlawanan.

Namun, Estupinan membuktikan dirinya lebih bersedia dengan mempertahankan rekod tanpa kalahnya.

Latihan Intensif di Superbon Gym

Persediaan Jojo untuk perlawanan ini sangat intensif. Beliau menjalani latihan selama lebih tiga bulan di Superbons Training Camp di Bangkok, di bawah tunjuk ajar jurulatih berpengalaman. Sebelum itu, Jojo membina asasnya di Rentap Muaythai Gym di Kuching. Walaupun tewas, Jojo tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi dan teknik yang semakin matang.

Estupinan: Rekod Tanpa Kalah Dikekalkan

Estupinan, yang dikenali dengan gelaran “Panda Kick”, sekali lagi membuktikan kehebatannya. Dengan kemenangan ini, rekod tanpa kalahnya kini meningkat kepada 27 kemenangan. Gaya bertarungnya yang unik dan ketepatan serangan menjadi cabaran besar buat Jojo di gelanggang. Kekalahan ini pasti menjadi pengalaman berharga buat Jojo dalam perjalanan kariernya.

Peminat muaythai Malaysia tetap memberikan sokongan padu kepada Jojo walaupun beliau tewas. Peminat muaythai, teruskan menyokong perjalanan bintang muda sensasi ini.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kemenangan Jojo: